Salam pembuka bicara…Sabtu lepas, 21Feb2010, CX, the official photog for Farid(CX TeamLead)&Eiyna dan juga photog jemputan, Man@Gaban dan jugak Zaeem@Zack telah beramai-ramai menyerbu Pullman Putrajaya.Walau bagaimanapun, Mr Faizal & Mr Pekan@Hud agak lewat tiba di lokasi pengambaran atas sebab2 yang tak dielakkan.
Saksikan sebahagian dari shots yang di’tembak’.

~ Tentu ada yang menarik di sana ~

~ Bahagia bersama ~
Baca lagi…
Posted 5 months, 1 week ago at 1:33 AM by j@l 4 comments
Seperti mana yang telah diberitahu oleh Farid, “Tahun ni akan ramai ahli CX yg akan bertukar status dari bujang kepada kurang bujang berkahwin..”. Jadi beliaulah menjadi yang kedua. Acara akad nikah telah berlangsung di Masjid Mukim Panchor (dekat area Pengkalan Chepa dan Pantai Sabak), pada 13hb Febuari 2010 selepas solat Isyak (apabila solat jemaah selesai di Masjid tersebut). Ternyata, ke’macho’an En. Farid terbukti dengan sahnya lafaz akad dan dia telah menjadi suami kepada Puan Hazrina.

Pihak rombongan wanita daripada pihak lelaki selepas selesai majlis akad.
Kesemua warga CX turun ke negeri Serambi Mekah ini untuk bersama-sama menembak dan meraikan bos kami kecuali En Hud atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Saksikanlah detik-detik bersejarah dan mendebarkan serta suspen (betul ke ejaan tu?) daripada lensa jubey.
Baca lagi…
Posted 5 months, 2 weeks ago at 10:57 AM by jubey Add a comment