CX’s members… continue with Farid&Ina
Seperti mana yang telah diberitahu oleh Farid, “Tahun ni akan ramai ahli CX yg akan bertukar status dari bujang kepada kurang bujang berkahwin..”. Jadi beliaulah menjadi yang kedua. Acara akad nikah telah berlangsung di Masjid Mukim Panchor (dekat area Pengkalan Chepa dan Pantai Sabak), pada 13hb Febuari 2010 selepas solat Isyak (apabila solat jemaah selesai di Masjid tersebut). Ternyata, ke’macho’an En. Farid terbukti dengan sahnya lafaz akad dan dia telah menjadi suami kepada Puan Hazrina.
Pihak rombongan wanita daripada pihak lelaki selepas selesai majlis akad.
Kesemua warga CX turun ke negeri Serambi Mekah ini untuk bersama-sama menembak dan meraikan bos kami kecuali En Hud atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Saksikanlah detik-detik bersejarah dan mendebarkan serta suspen (betul ke ejaan tu?) daripada lensa jubey.
Cuba meng’kontrol-macho’…dan rileks..
Kata-kata dan nasihat daripada tok kadi sebelum akad dilakukan..
Saat yang dinantikan…akad yang dilakukan sendiri oleh ayahnda Ina.
Mendengar khutbah dengan khusyuk
Lafaz taklik…dibantu oleh jurueja jawi(hehe..jgn marah..)
Cincin dan perhiasan dari Habib Jewels (aku reka je ni..)
Cincin untuk pihak lelaki…
Kedua-dua mempelai menandatangani buku log
Akhirnya, senyuman dan emosi yang tak dapat digambar dengan kata-kata…termasuklah yang hadir (background hehe..) Pasangan yang sama cocok dan padan, bagai pinang dibelah dua…
Tahniah dan selamat menempuh alam dan bahtera perkahwinan dari krew produksi CX. Kami mendoakan agar kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat, insya-Allah.
Nantikanlah update akan datang dari lensa ahli CX yang lain…
Tags: akad nikah, farid&ina, Wedding













